Muffin nie sedap dan kaya dengan rasa coklat dan coklat chip. Kalau nak meniaga kenalah adjust resepi nie.....tak untung nanti tapi kalau nak makan.....memang puas hatilah kalau buat. Saya guna muffin cup yang jenis nie supaya senang nak buat banyak-banyak.
Sebahagian dari beratus-ratus muffin yang saya susun diatas tikar. Nampak cantik kan......tapi sebelum muffin nie jadi elok macam nie....ada jugak masalah....tak terus jadi elok. Cuba tengok nie
Ini adalah batch pertama bancuhan muffin saya. Untuk satu tray nie muat 35 biji muffin sekali masuk kedalam oven...boleh muat 2 tray tapi saya lambat nak masuk bancuhan dalam cup so hanya sempat siapkan satu tray bagi setiap masa.
Kalau buat dalam cawan muffin yang bersaiz sederhana seperti ini, boleh dapat banyak biji untuk sekali bancuhan. Muffin saya nie sedap sebab coklat chip banyak dan saya guna susu kotak....saya tak adjust langsung resepi sebab memang niat saya supaya tetamu-tetamu saya dapat makan muffin yang sedap. Kalau tempah dah tentu tak akan dapat muffin coklat chip yang 'mewah' dan 'kaya' dengan rasa coklat. Coklat chip bukannya murah...1 kg hampir RM10.
Ini muffin yang telah di packing. Mujur kawan-kawan pejabat saya datang ke rumah untuk tolong saya bungkuskan muffin nie.
Dah puas tengok muffin tu....jom tengok resepinya pulak.
Chocolate Chip Muffin
Resepi diambil dari sini
photo & publish by resepidaria.blogspot.com
Bahan-bahannya:-
250gm tepung
2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu besar serbuk koko
175gm gula
150gm coklat cip
250ml susu segar
90ml minyak (saya gantikan dengan margerin cair)
1 biji telur A
1 sudu teh esen vanilla
Cara membuatnya:-
1. Ayak tepung, baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko. Masukkan kedalam bekas. Campurkan gula kedalam tepung.
2. Pecahkan telur kedalam bekas lain dan pukul sekejap hanya sekadar bercampur putih dan kunig telur
3. Masukkan susu cair kedalam tepung sedikit demi sedikit sambil digaul rata dengan senduk kayu. Masukkan telur, minyak dan esen vanilla. Gaul rata.
4. Panaskan oven dengan kepanasan 160-170 c selama 10 minit terlebih dahulu.
5. Masukkan bancuhan kedalam cawan muffin 3/4 penuh.
6. Taburkan sedikit coklat chip diatasnya sebagai hiasan. Tak letak pun tak apa sebab coklat chip dalam adunan dah terlalu banyak.
7. Bakar selama 20 minit (untuk cup besar seperti gambar diatas sekali). Bakar selama 16 minit untuk cawan muffin yang bersaiz sederhana.
Nota:-
- Jika anda lihat muffin anda naik tidak sekata, gemuk/tinggi/mengembang sebelah....itu disebabkan oven anda terlalu panas. kurangkan suhu oven.
- Untuk mengetahui berapa minit muffin anda perlu dimasak, cucuk muffin dengan pencucuk kek/lidi pada 16 minit pertama, jika tiada bancuhan melekat kat lidi maka dah boleh angkat.....jika melekat teruskan kepada 20 minit. Tujuannya adalah supaya muffin anda moist. Jika terlebih tempoh bakar dalam oven atau suhu terlalu panas....tekstur muffin akan jadi kering dan tidak moist.
- Masukkan bancuhan muffin dalam jug plastik untuk memudahkan ia dimasukkan kedalam cawan muffin.
- Untuk bancuhan yang banyak, saya gandakan resepi diatas dengan 4 kali. Sekali bancuhan dibuat saya guna 1 kg tepung dan 1 kotak susu. Saya gaul dengan mixer.
25 comments:
assalammualaikum bdaria....bagus idea awak guna jug tu tuk isi adunan...kalau guna cup besar cam ni memang sesuai sgt....saya selalu pakai scoop ice cream je....awak letak choc chip kat muffin tu ye? choc chip ni biasa dia cair ke kalau kita letak dlm cc? saya selalu buat dia cam seketul je..keras cam asal jugak...memang macam tu ke?
Walaikumusalam Quinnie, sebenarnya paling bagus guna scoop ice cream tapi kalau kita nak buat beratus-ratus biji muffin rasanya kita akan cari jalan macam mana nak cepat. Mula2 sy guna scoop ice cream tu tapi rasa lambat, saya tukar pada plastik 3 segi tu, ok jugak cepat tapi plastik tinggal 3 helai saja kemudian ubah bubuh dalam jug plastik tapi kena hati2 lah. Coklat chip memang seketul2 macam tu dia tak cair sangat.
nie guna tepung ape yer
Salam Deci Bakery,
Tepung gandum
Nak tanya bekas muffin ni ada jual di mana? Pasar raya biasa ada tak? Atau nak kena beli kat kedai kek? Terima kasih. :)
Syira,
Kat pasaraya tak pasti ada ke tidak. Tak pernah cari kat sana. saya beli kat BakeWithyen sbb nak buat banyak. Beli kat sana lebih murah. kalau kat kedai bakery memang berlambak bekas macam nie
kak, nk tnya..utk resepi ni dpt produce bpr bnyk muffin ye?
kak, utk resepi ni bpr bnyk muffin yg dapat di hasil kn ye?
Salam ilyani,
Dah tak ingat lah dik. Lama sgt buat tu. Rasa-rasanya dalam 16-18 biji muffin untuk 250gm tepung. depend betapa besar muffin cup yang u guna. Hope dapat membantu
Salam.seronok baca bloq akak ni. kelakar pun ada.
SALAM KENAL, TENGAH SKODENG RESEPI MUFFIN COKLAT .. SINGGAH SINI SEBENTAR ... NAK TRY WAT RESEPI NI LA ..
Assalamualaikum, saya tqa. Nak tanya, akak masukkan coklat cip dalam adunan tu part yg langkah ke berapa? Sbb lgkh ke6 akak taburkan sbg hiasan je. Dan lagi satu, semua ni x payah gunakan mixer ye?
Salam,
Masuk coklat chip dalam adunan sebelum ceduk massuk dalam cawan mufin. Selepas no 3. Kalau nak lebih terang pergi ke link myresepi. Saya ambik resepi nie kat situ.
Lau gune tepung naik sendri ley ke?so xyah ltk soda bkarbonat + baking powder..bley ke gtu?
salam saida,
Boleh saja. tak ada masalah sebab dalam tepung kek dah ada baking powder cuma letakkan jugak soda bikarbonat.
Nak tnye . Klau nak buat cupcke untuk 70 bji . . Resepi dia macam mane yer? Sebab saya takut cupcke sy x naik seperti biasa kalau trsalah sukatan .
Salam Ms Nur,
Saya nasihatkan supaya anda buat double atau kali 4 sukatan di atas jika mangkuk mixer anda besar. Bancuh double dahulu pstu bakar dan kira berapa biji boleh dapat lepas tu baru buat bancuhan kedua. jangan bancuh banyak2 terus.
Kirenye sy kne x4 kn ksemua resepi di atas la? Btw, trime ksih :)
hye kak. .nk tnya ni ni psal adunan muffin mcm mna kte nk taw ia dah b0leh d bkar atau x?
Saya suka cara penerangan akak.hasil yg sgt comel. Insyaallah akn try resepi ni.
Sy cuba buat, bila naik gelembung je..lepas tu dia kuncup semua x naik. Dlm mcm ade yg kosong. :(
nk tanya muffin ni selain bakar boleh kukus x?
SALAM..NK TANYA..KAY MANA BELI PLASTIK YG BUNGKUS MUFFIN TU???TQ..
salam..sy nak tanya..kat mana beli plastik yg bungkus muffin tu??
Beli kat Kedai Bakery BakeWithYen Puchong
Post a Comment