Thursday, August 18, 2011

Kerang Rebus

Pelik sikit hidangan berbuka saya semalam. Masa beli barang basah kat pasar paya jaras, tengok ramai dok beli kerang kat gerai ikan yang saya sedang memilih udang tu....tergerak hati nak jugak makan kerang rebus.

Semalam cuti bagi orang Selangor maka kesempatan tu saya dan rakan pergi shopping sakan menghabiskan duit bonus yang tak masuk lagi tu. Shopping in advance.....pay later (gesek kad creditlah...apa lagi). Bonus 23hb nie baru masuk tapi tapi duit dah habis awal. Alhamdulillah reseki tahun nie, bonus dapat....dividen dapat so memang boleh belilah perabut yang masih tak lengkap kat rumah tu. Saya pergi ke Carpet warehouse sale kat sg buloh....oklah harganya 50% less. Sempat sambar 3 helai carpet.


Balik ke Kota Damasara dah jam 6.10 petang, singgah kat masjid kuning untuk sembahyang dan 'intai' bubur lambuk tapi bukan reseki kami....bubur habis. Singgah pasar ramadhan beli laksam dan air tepu. Balik rumah memang melepek letih sebab dari pagi merayau dari Puchong sampai Kg Baru Subang.


Tekak teringin nak makan kerang rebus.....sempat basuh ala kadar...tu yang tak putih sangat kerang tu. Masuk dalam periuk dan tutup pastu goncang kuat-kuat supaya kekotoran dan pasirnya keluar. tak beruspun lah.....kalau berus lepas berbukapun belum tentu siap.


Kerang Rebus Simple


Bahan-bahannya:-


2 batang serai-diketuk


3 ulas bawang merah-dihiris


sedikit kunyit hidup-diketuk


sedikit garam


air secukupnya.


Cara-caranya:-


1. Bersihkan kerang, masukkan dalam periuk. Masukkan semua bahan-bahan yang dihiris dan diketuk. Masukkan air sehingga melepasi paras kerang dan masukkan garam. Rebus sehingga masak.


2 comments:

Ijip said...

Salam BDaria,

Saya biasa kalau masak kerang rebus, tak pernah letak air. Biasa letak serai & bawang putih 3-4 biji jer. Nanti air kerang tu sendiri akan keluar... sedap

MEKAR said...

Dah lama xmakan kerang sbb xde geng.Apa2 pun sekali-sekala makan memang sedap.