Tuesday, October 4, 2011

Cekodok Pisang

Cekodok pisang.....kudapan petang yang saya buat pada ahad lepas. Masih belum berjaya nak buat bulat-bulat comel sebesar ibu jari sebagaimana yang dibuat oleh arwah nenek saya. Setiap kali saya buat cekodok pisang....mesti teringat kat arwah nenek. Sekitar rumah nenek di Changloon penuh dengan pokok-pokok pisang......masa kecil-kecik bila kami balik kampung dan berlari-lari keliling sawah....bila dah penat bermain.....balik ke rumah tengok arwah dah siap buat cekodok pisang bersama seteko teh. Seronoknya masa ada arwah.....sekarang rumah tersebut didiami oleh keluarga pak cik dan suasananya dah tak sama macam dahulu. Bila bercerita tentang bendang, sawah padi dan rumah kampung.......teringat pada sebidang tanah tapak rumah dan dikelilingi oleh sawah padi milik arwah ayah saya yang diwarisi oleh kami adik beradik. Impian mak adalah supaya kami dapat membuat sebiji rumah disitu.....saya masih berkira-kira untuk  menunaikan impian beliau.....insyaaalah jika ada reseki lebih dimasa akan datang.

Cekodok pisang nie saya tak dapat bagi resepi tepat sebab main campak-campak je. Alahhhh semua orang tahu buat.

Cekodok pisang

Bahan-bahannya:-
  • Pisang yang telah terlalu masak/kehitaman yg dah tak sedap dimakan mentah
  • Tepung beras secukupnya
  • sedikit air kapur pekat
  • 2 sudu makan gula (bergantung kepada jenis pisang yg digunakan)
  • sedikit garam
Cara-caranya:-
  1. Lenyekkan pisang dalam besen kecil dan masukkan gula. Biarkan selama 15 minit
  2. Masukkan air kapur dan garam, kacau rata.
  3. Masukkan tepung beras sedikit demi sedikit sehingga bancuhan boleh dijemput dengan jari.
  4. Panaskan minyak penuh secukupnya dengan api sederhana.
  5. Apabila minyak telah panas, goreng cekodok anda sehingga masak.
  6. Angkat dan toskan mengunakan tisu masakan

No comments: