Thursday, October 13, 2011

Seri Muka Pandan

Dah lama betul tidak memasak.....sekarang kami semua tengah sibuk nak buat 5S, jadi bila balik rumah memang dah tak larat nak ke dapur. Semalam my fren bawak daun pandan ke pejabat untuk dijadikan bahan pewangi semula jadi. Banyak betul pokok daun pandan yang berdaun halus yang dibawak....saya ambil sepokok daun pandan untuk dibuat kuih seri muka pandan. Bawak pergi ofis pagi tadi.....potong kat pantri dan ambik gambarpun kat pantri jugak. Kalau nak buat food presentation memang tak bolehlah kalau kat pantri ofis sebab bila setiap kali staf masuk pantri dia akan tanya 'mengapa ambik gambar kuih tu....."....jenuh nak menjawap. Sorrylah food presentation fail.....cepat-cepat potong pastu pakai letak je atas pinggan dan terus ambik gambar.

Alhamdulillah kuih serimuka nie tak lembik dan tak keras.....sedang-sedang aje. Bila potong dengan pisau pun(pisau kat ofis tu, potong jaripun tak putus).....cantik je. Resepi nie adalah salah satu resepi dari kelas talam Chef Asma part 1.

Ini kali kedua saya buat seri muka guna resepi nie, jadi ada sedikit adjustment yang saya buat sebab saya tak suka makan pulut yang lembik....jom tengok resepi seri muka pandan nie.

SERIMUKA PANDAN
Sumber: Kelas Talam Chef Asma part 1

LAPISAN BAWAH
Bahan-bahannya:-
  • 500gm beras pulut
  • 250ml santan pekat (asal 300ml)
  • 250ml air (asal 300ml)
  • 1 1/2 tsp garam halus (asal 2 tsp)
Cara-caranya:-
  1. Rendam pulut sekurang-kurangnya 4 jam (saya rendam 2 jam sahaja)
  2. Basuh bersih dan toskan sehingga air kering
  3. Masukkan dalam loyang yang tidak berlubang dan kemudian masukkan santan pekat, air dan garam. Kacau rata dan kemudian kukus selama 30 minit
  4. Apabila pulut sudah masak, angkat dan gaul sehingga sebati
  5. Masukkan dalam loyang dan tekan padat...contoh seperti gambar dibawah.

  6. Sapukan sedikit bancuhan lapisan bawah




LAPISAN ATAS
Bahan-bahannya:-

Bahan A
  • 250gm gula castor @ 200gm gula pasir (asal 300gm)
  • 80gm tepung kastard
  • 400ml santan pekat
  • 400ml air
  • 20gm daun pandan (diblender dengan air diatas
Bahan B
  • 3 biji telur-dipukul rata (asal 5 biji)
  • 1/2 tsp garam halus
  • 1/4 tsp pandan esen
  • pewarna hijau secukupnya (jenama starbrand)
Cara-caranya:-
  1. Satukan semua bahan-bahan A dan kacau rata.
  2. Masukkan bahan-bahan B dan kacau sehingga rata
  3. Tapis dan masukkan kedalam periuk. Masak sehingga naik wap
  4. Tuang keatas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit
Sukatan diatas adalah untuk loyang 10 x 10 x 2

Nota:-
  • Saya guna sekotak santan pekat 500gm jadi saya cuma guna 200ml santan pekat dan 300ml air untuk lapisan bawah. Lapisan atas pula saya kurangkan santan pekat menjadi 300ml dan air ditambah menjadi 500ml.
  • Saya sapukan sedikit minyak diatas loyang 10 x 10, lepas tu saya lapik sekeping plastik diatasnya.


5 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah saya telah cuba buat kuih seri muka ini dan ia menjadi dengan cantik dan rasanya memang sedap. Terima kasih sudi berkongsi resepi ini dengan kami semua. Teringin juga ikuti kelas chef Asma tu tapi saya tinggal di Terengganu jadi susah sikit ke sana sebab tak kenal jalan. Terima kasih sekali lagi bdaria (tadi telah cuba komen tapi hilang, ini cuba sekali sebab amat menghargai apa yang bdaria berikan..terima kasih). Suraya Ahmad.

bdaria said...

Salam Suraya,

Alhamdulillah menjadi serimuka yang suraya buat. Selalunya bahagian atas yang akan lembik kalau tersilap sikit...tapi yang pasti memang sedapkan. Saya suka sangat resepi nie. Klu suraya ada peluang, masuklah sekali kelas chef nie. Sy banyak masuk kelas masakan tapi sy tak pernah puji klu sy rasa tak puas hati. Anda dpt lihat dari tulisan saya bila sy tulis pasal kelas tapi kelas chef asma lain.....saya banyak puji...betul tak.

Anonymous said...

Terima kasih kerana sudi berkongsi resepi.

mandy said...

Hi Dear!

Thanks for the recipe. But unfortunately i saw someone so call baking teacher is using your seri muka photo as her class advertising picture!! You may refer to below link https://www.facebook.com/photo.php?fbid=758103147557193&set=a.173730109327836.39061.100000725434233&type=1&theater

in-case u cant open the above link you may email to me : mandy@indochinaalliance.com i can mail you the print screen copy.

Thank you.

Regards

bdaria said...

Thank you Mandy, saya dah masuk facebook tu.