Tuesday, October 4, 2011

Tepung goreng pisang rangup


Berderet-deret pulak entry hari nie......saya buat goreng pisang guna pisang abu. Saja beli pisang sebab nak testing resepi tepung goreng pisang yang dikatakan paling ranggup kat blog hairul.com nie. Kebiasaannya kalau saya buat tepung goreng pisang, saya akan guna tepung beras, air kapur, telur, garam dan air sahaja tapi resepi dalam blog nie ada tambahan bahan-bahan lain lagi.

Saya cuba goreng petang semalam........saya cuma buat separuh daripada bahan-bahan dibawah dan ternyata ia adalah tepung goreng pisang yang paling sedap dan ranggup....memang tak sia-sia mencuba resepi nie. Habis sepinggan goreng pisang nie saya makan sorang-sorang.....masa nie kalori letak belakang. Tekstur dan rasanya seperti anda guna tepung goreng adabi....ada rongga2 tepung sebab dimasukkan baking powder.

Tepung goreng pisang ranggup
Sumber: Disini

Bahan-bahan:-
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 5 sudu besar santan pekat (santan kotak)
  • 1/2 sudu besar baking powder
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 biji telur
  • Air secukupnya
  • 2 sudu besar majerin yang telah dicairkan
  • Garam secukup rasa
Cara-caranya:-
  1. Masukkan semua bahan-bahan diatas kecuali majerin dan air.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga pekat
  3. Masukkan majerin cair dan kacau rata
Jika anda ingin melihat langkah secara bergambar dan detail berkenaan fungsi mengapa setiap bahan dimasukkan, sila ke link diatas. Penulis blog ini berkongsi langkah demi langkah dan idea yang menarik untuk mempelbagaikan kegunaan tepung goreng pisang ini.

Nota:-
  • Saya tidak guna santan pekat sebab tak ada, saya gantikan dengan kelapa kering sebanyak 2 sudu makan.

1 comment:

mekar said...

Salam.

Sya pun ada membuat pisang goreng mggunakan resepi dr hairul.com tu. Memang menjadi rangup dan sedap pula.