Monday, October 24, 2011

Ayam Goreng Ranggup


 
Resepi ayam goreng bertepung nie ada banyak versi. Versi saya nie adalah versi yang paling senang dan saya selalu buat. Percaya tak kalau saya kata anak-anak saudara saya tak pernah nak makan KFC, saya pernah singgah KFC dan beli satu bucket besar KFC untuk buah tangan kpd mereka tapi mereka cuma sentuh sikit pastu tak nak. mereka tak suka dan adik-adik saya tak pernah bawak anak-anak mereka makan makanan segera. Kalau adik saya nak buat ayam goreng, mereka akan buat tepung macam resepi saya nie dan anak-anak dia hanya makan ayam goreng yang dibuat sendiri macam nie.

Dulu saya selalu buat tapi lepas diet saya dah tak buat lagi ayam goreng nie. Malam sabtu lepas saya buat sebab dah kelaparan sangat dan inilah yang paling sedap dan senang. Sebenarnya seharian saya tak makan apa-apa hanya semangkuk koko crunch sebagai sarapan dan air kosong sepanjang hari. kenapa?......sebab saya ketagih tengok drama korea nie. Sejak ada Unifi nie, line laju je so apalagi layan cerita korea lah. Roomate saya masa kat asrama suggest supaya saya tengok drama 49 days nie. Katanya best sangat....so apalagi petang jumaat tu saya cubalah tengok drama nie, mula-mula hanya 3 episod pastu tak sabar nak tahu cerita seterusnya....pagi sabtu sambung semula sampai terlupa nak makan tengahhari.....mujur dah mandi....saya hanya tekan pause bila nak gi toilet, sembahyang dan minum air. Itu je.....dasyat kan. Masa 7-8 tahun lepas, masa duduk bujang dengan kawan2 (masa tu kat umah tak ada astro dan cerita winter sonata keluar)....kami tak tahan nak tunggu sambungan wnter sonata telah pergi ke area petaling street untuk dapatkan CD. Bila balik apa lagi mula buat maraton tengok semua episod tu....dari jam 7 pagi sabtu sampai 7 pagi ahad, kami hanya tekan pause bila nak sembahyang, makan maggi dan gi toilet. memang gila sungguh kepala masing-masing masa tu, habis sahaja satu drama.....minggu depannya pergi lagi ke kedai tu dan beli lagi CD drama yang lain. Lepas sahaja saya pindah rumah sewa, saya dah tak buat perangai macam tu lagi.....hanya tengok apa yang ada kat astro. Nie bila unifi ada, buat balik perangai gila....tapi kali nie sorang-sorang lah dah tak ada geng. saya tengok drama nie kat web nie.
 
Saya berjaya habiskan sehingga episod 12 pada hari sabtu sedar-sedar perut lapar sangat-sangat. Terus tekan pause dan pergi bukak peti ais. Ada ayam....oklah boleh buat ayam goreng tepung. Gambar tak cantik sangat sebab ambik malam dan saya masa nie dah tak peduli dengan food presentation, yang penting....nak terus ngap sebab lapar sangat.  
Anda boleh buat tepung ayam goreng nie banyak-banyak dan simpan dalam bekas. Bila nak goreng, hanya masukkan setakat yang perlu dalam bekas. Untuk sukatan serbuk kari, bubuh setakat yang anda rasa kena dengan selera anda. Ada yang suka banyak....ada yang tak suka so terpulang pada anda. Cubalah buat...pasti anda suka sebab garing dan ada rasa ala-ala KFC gitu.  

Ayam Goreng bertepung ranggup
Sumber: Resepidaria.com

Bahan-bahannya:-

Bahan tepung salutan
  • 4 sudu besar tepung ubi
  • 1/2 sudu makan serbuk kari(bergantung kepada selera anda untuk lebihkan)
  • serbuk lada sulah
  • garam secukup rasa (dalam 1/2 sudu kecil)
bahan lain
  • 3 ketul kepak ayam (apa2 bahagian ayam pun boleh)
  • 1 biji telur, dipukul sebentar
  • Minyak secukupnya untuk goreng
Cara-caranya:-
  1. Bersihkan kepak ayam, keringkan air ayam dengan tuala masakan.
  2. Ketepikan sebentar
  3. Sediakan tepung salutan. Masukkan serbuk kari, lada sulah, garam kedalam tepung. Gaul rata.
  4. Panaskan minyak yang banyak dengan api sederhana
  5. Celup kepak ayam dalam telur dan kemudian angkat kepak ayam dan masukkan kedalam salutan tepung. pastikan ia bersalut rata. Ulang sampai habis kepak ayam
  6. Goreng sehingga kekuningan dan masak.
  7. Angkat dan toskan dengan tisu masakan
  8. Hidangkan bersama sos cili.
 

8 comments:

Chik Mimi said...

uiks bestnya kami anak beranak pun kaki gambar korea ,tepung ni best ni saya suka guna tepung ubi untuk salutan berbanding tepung jagung rangup je kan

quinnie said...

salam daria....wah ketagih tengok drama ek..hehehhe..saya dulu pun jenuh cam awak jugak..marathon pasal tak sabar nak tengok ending...hehhehe...

sedapnya ayam goreng...biasa guna tepung gandum or beras...bolehikut cara awak lain kali...guna tepung ubi...:)

bdaria said...

Salam Chik Mimi,

memang tepung salutan guna tepung ubi sangat rangup. kalau kena campuran serbuk kari, lada sulah lagi ummmp.

bdaria said...

Salam Quinnie,

Sebab tu malas nak tengok drama sbb kalau drama mesti nak tau ending cepat-cepat. Selalunya sy tengok filem je. Nie pengaruh kawanlah suruh gi tengok 49 days, last2 bertapa satu hari kat umah sbb marathon 49 days.

Quinnie, cuba buat guna tepung ubi....best tau sbb rangup sangat.

HaSue said...

salam daria..ni nak anta report nih..dah try semalam.. rangup n sedap..
trm kasih share resepi yer.. minta izin tepek kat dapur kite lak :)

http://sue-hasue.blogspot.com/2011/10/resepi-ayam-goreng-rangup-daria.html

bdaria said...

Salam HaSue,

dah pergi melawat kat blog tadi. Terima kasih kerana mencuba

intandayani said...

saya ni baru je jumpa blog ni semalam.tak nak ketinggalan jugak tuk komen kt entry ni.saya pun suke sgt tgk cite 49 days tu..mmg rsenye drama terbaik korea yag saya pernah tgk..

intandayani said...

saya ni baru je jumpa blog ni semalam.tak nak ketinggalan jugak tuk komen kt entry ni.saya pun suke sgt tgk cite 49 days tu..mmg rsenye drama terbaik korea yag saya pernah tgk..